Tuesday, 7 February 2017

Wanita, Kehamilan, Barakah dan Kerberkatan dari Allah SWT





Kelebihan dan keindahan seorang wanita yang beriman dan solehah

      Rasulullah bersabda :

      “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang bisa mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". 

(HR Hasa'i, Baihaqi, Ahmad dan Al-Hakim) 


      Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. 

(Hadis riwayat HR. Muslim)



      Rasulullah s.a.w bersabda: 

   “Wanita yang meminta cerai kepada suaminya tanpa sebab yang syar’ie, maka haram baginya mencium wangi Syurga.” 

(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

       Rasulullah SAW bersabda: 

“Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”.  

(HR At-Tirmizi)

      Rasulullah bersabda:

"Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka".

(HR Ahmad) 

      Bersabda Rasulullah SAW: 

    "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami dan mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, akan tetapi sedikit dari golongan kamu yang dapat melakukannya."  
(Riwayat dari Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

      Rasulullah s.a.w berkata: 

Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita. 

(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

      Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda: 
   
  “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” 
    
    Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : 

“Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” 

Baginda menjawab : 

    “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” 
    
(Hadis Riwayat Al- Bukhari)


Kelebihan Wanita Semasa Hamil & Bersalin

Al-Qur’an :

Firman Allah SWT (31:14):

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertimpa-timpa dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembali"



Hadis Nabi :

Sabda Rasulullahi SAW:

وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ. رواه مالك وأحمد وأبو داود وغيرهم

"Wanita yang meninggal kerana mengandung adalah syahid (orang yang mati syahid).
H.R Malik, Ahmad, Abu Daud dll. Disahihkan oleh Albani.


Dari Abu Hurairah,Rasulullah Bersabda:“Salah satu tanda keberkahan wanita itu ialah pernikahannya, cepat kehamilannya dan ringan pula maharnya”.
(HR.Muslim)

“Dan wanita yang meninggal dunia karena melahirkan itu syahid.’
(HR. Abu Daud, 3111, dishahihkan oleh An-Nawawi di Syarh Muslim, 13/62)

Rasulullah SAW bersabda:" Mati Syahid itu ada tujuh, selain mati terbunuh dalm perang fii sabilillah, yaitu: mati karena penyakit tha'un, mati karena tenggelam, mati karena penyakit lambung, mati karena sakit perut, mati karena terbakar, mati karena tertimpa reruntuhan, dan perempuan yang mati karena hamil atau melahirkan"
(HR Ahmad, Abu Dawud, Nasai dan Malik).





Rumah Bersalin Kohilal Sdn Bhd, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.


Rumah Bersalin Kohilal Sdn Bhd 2017

Rumah Bersalin Kohilal Sdn Bhd, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

Servis & Waktu Operasi :
Perubahan pada waktu operasi : kini 9.00 pg-10.00 mlm pada setiap hari termasuk cuti umum


Rumah Bersalin Kohilal Sdn Bhd

Alamat  : RUMAH BERSALIN KOHILAL No. 225 JALAN NEGARA 2 TAMAN MELAWATI 53100 KUALA LUMPUR 

Waktu Operasi : 9.00 pagi - 10.00 malam 
Hari Operasi : Isnin - Ahad , Cuti Umum

Wad : 24 jam

No. Telephone :  03 - 4106 8466

Emel : ppkohilal@gmail.com

Sunday, 5 February 2017

Alhamdullilah selesai program kelas antenatal di Pusat Perubatan Kohilal Sdn Bhd. (Ahad 5 Feb 2017)

Terima kasih kepada para penceramah dan pasangan-pasangan yang turut hadir. Harap semua ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dan berguna untuk setiap pasangan. Segala yang baik itu dari Allah dan segala kekurangan itu dari pihak kami sendiri.  ^^

Jom kita lihat aktiviti2 yang dilakukan di kelas antenatal tersebut.

Sesi fisioterapi 
Slot senaman ante-natal

Slot senaman ante-natal

Sesi penyusuan ibu bersama Dr. Nurzarina

Sesi bersama Dr. Nurzarina

Sesi bersama Ustazah Madihatun Binti Zainuddin dari Kolej Poly-Tech Mara, Kuala Lumpur.











Sesi bersama Dr. Nik Nor Aniza dari Hospital Selayang 
Sesi fisioterapi bersama W.Nur Asmaa W.Ahmad

Para peserta yang hadir

Sesi bersama Dr. Nik Nor Aniza dari Hospital Selayang
Slot fisioterapi



Insya allah next antenatal di Gombak Medical Centre pada 18/2/2017 sabtu pukul 8.00am-1.00pm hanya Rm50 sepasang suami isteri daftar sekarang kerana banyak ilmu yang akan disampaikan oleh Dr Nik Nor Anizah,Dr Zarina,Ustazah Khatifah dan staff2 dari GMC...


Berbaloi hanya Rm50 dapat macam2 ilmu dan makan pagi dan tengahari pon dapat.. hubungi kami segera sementara ada kekosongan.
0109325146

Friday, 3 February 2017

ASSALAMUALAIKUM ;) 



Pada hari Ahad ini bersamaan 5/2/2017, Rumah Bersalin Kohilal (Taman Melawati) akan mengadakan kelas antenatal terbuka kepada para ibu serta pasangan samada warganegara ataupun bukan warganegara. 

Program ini bertempat di - RUMAH BERSALIN KOHILAL No. 225 JALAN NEGARA 2 TAMAN MELAWATI 53100 KUALA LUMPUR.

Marilah sama-sama kita memeriahkan program ini. Mohon ajak kepada kenalan-kenalan yang turut berminat untuk ke kelas ante-natal. Hanya dengan bayaran RM50 / pasangan, banyak yang boleh kita pelajari di kelas tersebut.
Jadi, apakah faedah-faedah yang boleh kita dapat di kelas ante-natal ini ?
1. Kaedah penyusuan bayi (susu ibu)
2. Imunisasi bayi
3. Mengandung dari perspektif Islam
4. Proses mengandung dan kelahiran bayi
5. Senaman antenatal
6. Teknik pernafasan
7. Cara memandikan bayi


8. Mengurangkan kebimbangan dan kerisauan para ibu


9. Menyediakan maklumat kepada pasangan mengani apa yang bakal dihadapi semasa bersalin
10. Menyediakan sistem bantuan kepada para ibu dari segi maklumat kesihatan, penjagaan badan dan proses kelahiran/ bersalin yang terbaik baginya


TERBUKA UNTUK WARGANEGARA & BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA. SILA HUBUNGI KAMI DI 03-41068466 UNTUK PERTANYAAN LANJUT.