ASSALAMUALAIKUM ;)
Pada hari Ahad ini bersamaan 5/2/2017, Rumah Bersalin Kohilal (Taman Melawati) akan mengadakan kelas antenatal terbuka kepada para ibu serta pasangan samada warganegara ataupun bukan warganegara.
Program ini bertempat di - RUMAH BERSALIN KOHILAL No. 225 JALAN NEGARA 2 TAMAN MELAWATI 53100 KUALA LUMPUR.
Marilah sama-sama kita memeriahkan program ini. Mohon ajak kepada kenalan-kenalan yang turut berminat untuk ke kelas ante-natal. Hanya dengan bayaran RM50 / pasangan, banyak yang boleh kita pelajari di kelas tersebut.
Jadi, apakah faedah-faedah yang boleh kita dapat di kelas ante-natal ini ?
1. Kaedah penyusuan bayi (susu ibu)
2. Imunisasi bayi
3. Mengandung dari perspektif Islam
4. Proses mengandung dan kelahiran bayi
5. Senaman antenatal
6. Teknik pernafasan
7. Cara memandikan bayi
8. Mengurangkan kebimbangan dan kerisauan para ibu
9. Menyediakan maklumat kepada pasangan mengani apa yang bakal dihadapi semasa bersalin
10. Menyediakan sistem bantuan kepada para ibu dari segi maklumat kesihatan, penjagaan badan dan proses kelahiran/ bersalin yang terbaik baginya
TERBUKA UNTUK WARGANEGARA & BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA. SILA HUBUNGI KAMI DI 03-41068466 UNTUK PERTANYAAN LANJUT.
No comments:
Post a Comment