Tuesday 7 February 2017

Wanita, Kehamilan, Barakah dan Kerberkatan dari Allah SWT





Kelebihan dan keindahan seorang wanita yang beriman dan solehah

      Rasulullah bersabda :

      “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang bisa mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". 

(HR Hasa'i, Baihaqi, Ahmad dan Al-Hakim) 


      Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. 

(Hadis riwayat HR. Muslim)



      Rasulullah s.a.w bersabda: 

   “Wanita yang meminta cerai kepada suaminya tanpa sebab yang syar’ie, maka haram baginya mencium wangi Syurga.” 

(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

       Rasulullah SAW bersabda: 

“Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”.  

(HR At-Tirmizi)

      Rasulullah bersabda:

"Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka".

(HR Ahmad) 

      Bersabda Rasulullah SAW: 

    "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami dan mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, akan tetapi sedikit dari golongan kamu yang dapat melakukannya."  
(Riwayat dari Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

      Rasulullah s.a.w berkata: 

Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita. 

(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

      Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda: 
   
  “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” 
    
    Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : 

“Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” 

Baginda menjawab : 

    “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” 
    
(Hadis Riwayat Al- Bukhari)


Kelebihan Wanita Semasa Hamil & Bersalin

Al-Qur’an :

Firman Allah SWT (31:14):

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertimpa-timpa dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembali"



Hadis Nabi :

Sabda Rasulullahi SAW:

وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ. رواه مالك وأحمد وأبو داود وغيرهم

"Wanita yang meninggal kerana mengandung adalah syahid (orang yang mati syahid).
H.R Malik, Ahmad, Abu Daud dll. Disahihkan oleh Albani.


Dari Abu Hurairah,Rasulullah Bersabda:“Salah satu tanda keberkahan wanita itu ialah pernikahannya, cepat kehamilannya dan ringan pula maharnya”.
(HR.Muslim)

“Dan wanita yang meninggal dunia karena melahirkan itu syahid.’
(HR. Abu Daud, 3111, dishahihkan oleh An-Nawawi di Syarh Muslim, 13/62)

Rasulullah SAW bersabda:" Mati Syahid itu ada tujuh, selain mati terbunuh dalm perang fii sabilillah, yaitu: mati karena penyakit tha'un, mati karena tenggelam, mati karena penyakit lambung, mati karena sakit perut, mati karena terbakar, mati karena tertimpa reruntuhan, dan perempuan yang mati karena hamil atau melahirkan"
(HR Ahmad, Abu Dawud, Nasai dan Malik).





No comments:

Post a Comment